Monyet tu pun berlalu menaiki motosikal. Ambe tak bother pula nak intai tayar motor dia betul pancit ke tak. Memang percaya abes la. Hoho (aku kena tipu!). “Laju sungguh dia pegi, mesti btol urgent punya hal,” getus ambe sorang-sorang. Dalam 2 3 minit, tokey kedai tiang simen, Harapanku Enterprise datang bertanyakan tentang budak sekian sekian description ada datang ke tak. Ambe cakap ada. Tokey tu tanya lagi, “Berapa dia mintak?” Ambe jawab, “30 hinggit”. Dia jawab, “Saya kena 20 hinggit” dan beliau gelak macam enam jahanam sementara ambe tersenyum macam sesumpah – ambik hati – tah apakebenda yang lawaknya orang tua ni. Setelah bertukar cerita, barulah ambe tahu yang kami berdua sudah kena tipu. Hahaha (aku kena tipu!!)
via http://affuan.org/2011/10/25/pencuri-dalam-terang/
Posted on Sunday, Nov 20th 2011, @ 00:06

